28 Januari 2009

hari ke2

sambung balik cite semalam.amacam adventure kan kisah hidup aku.baru starting tuh.masa kat sekolah aku dah jadi bisneswoman.jual cakar ayam.sejenis makanan tradisional dibuat dari ubi keledek digoreng garing dan disira dengan gula sampai hangus.sedaptu.bukan ape mebantu emak menambah pendpatan.maklumlah dulu2 gaji abah tak seberapa.askar tak pangkat.prebet jer.dengan menjual dapatlah tambah duit poket aku.aku jual sekejab je dah habis.nak tau apa aku suka beli masa rehat.aku ingat lagi makcik belakang sekolah jual sengkuang dipotong nipis taruk sambal rojak dan kacang tanah ditumbuk halus.fuh...punya sedap masih teringat rasanye sampai sekarang.itu kenangan masa aku tahun 2 dan 3.masa aku tahun 2 aku belajar di sekolah yang bangunannya terletak di tepi pantai.sebaris je blok nye.best tau.hafal sifir cikgu matematik akan bawa kami ke pantai untuk menikmati udara bersih dan menghafal dengan mudah.aku punya tabiat suka bergossip.masa tu je .sekarang dah baik dah.boleh aku gossip cikgu kelas aku dengan cikgu matematik yang separuh rambutnya.dlm erti kat lain botak.hehe.apa lagi kena sound dengan cikgu la.padan muka aku.pas naik tahun 3 aku pindah bangunan di tapak sekolah asal.bangunan 4 tingkat.macamna aku leh ingat?aku ingat sebab tengok pasukan pancaragam dari atas bergerak macam semut.cikgu aku ba....ik sangat.agaknya cikgu praktikal kot.orangnya lemah-lembut dan sopan sangat.
aku teringat pada suatu hari tu aku nak naik tangga tiba-tiba pernafasan aku tersekat.2 saat gak la aku tak leh bernafas.nasib baik ada sorang cikgu datang dan mengurut2 belakang aku.lega rasanya.alhamdulillah bernafas balik.
masa aku dok di penang aku mangaji quran dengan 2 orang tok guru.masa tu dah naik quran dah.yang paling aku tak suka bila balik ngaji .aku,abangwan dan beberapa kwn aku terpaksa melalui rumah besar yang menyeramkan.ada pokok ciku yang besar di situ bila lau je mesti kami berlari sekuat hati.aku biasanya di belakang la.paling kecik kan.yang lain sume lelaki.melalak la aku sampai di rumah.aku teringat makcik tua di sebuah rumah dia jual laksa bihun.sedap.masa sepinggan cuma 50 sen.boleh kata setiap minggu aku akan makan di situ.kadang2 rinda gak nak pi penang melihat suasana di sana.tapi jauh dan sibuk sekarang.aku ingat lagi permainan ketika itu.TENG2 atau tali zero point.lompat tali getah.dengan kwn2 aku.kadang2 aku main lontar tin.kadang2 main kumbang kepala .besar kumbang tu.nak tau lagi teruskan mambaca blog aku esok.

27 Januari 2009

sambungan cerita 1981

ok/tadi ada iklan sebagai selingan.di mana tadi.tahun 1982 aku bersekolah do SK Telok Kumbar Pp selama 2 tahun.Abah ku taknak kami dok di berek.maka terpaksala duduk di beberapa rumah sewa.rumah pertama berlantaikan buluh dan menjalankan proses pembuangan di tebing lantai buatan sendiri.hehe.tepi parit di bawahnya ada ketam batu.pengalaman menarik tu.bukan sume orang dpt peluang cam aku ni.k sambung lagi.rumah kedua punyala besar 2 tingkat.ada 2 bilik di bhgn atas.ruang tamu dan dapur besar sgt.dok kt situ 3 bln je.pastu pindah lagi dok situ 2 tahun .agak kecil tapi selesa la.masa tu aku baru 3 bersaudara.di situ aku mendapat sorang adik perempuan.aku pi sekolah berjalan kaki,jauh gak dengan kwn ku .kalau tak silap aku nama dia norasiah.agaknya.ingat2lupa.kdng2 bila tgk anak2 ku memang hidup depa mewah tak mcm aku dulu,tapi takpe.kemewahan yang aku dan suami ada bukan untuk sapa.untuk depa gak kan.
kawasan umah ku tu tepi laut.di situlah aku mula belajar naik basikal tua.gembira tak terkira tau.

Catatan seorang guru zaman siber

Salam perpaduan.Aku berasa teruja untuk memulakan blog sendiri .Sebenarnya aku baru dapat maklumat dari kawan ku bahawa ada laman yang menyediakan blog percuma untuk sesiapa yang suka menulis apa-apa saja.Jadi akupun berminat untuk mencatatkan pengalaman aku sebagai guru si zaman siber .
Aku mulakan dengan membuat perbandingan zaman aku belajar iaitu tahun 1981 .Tahun pertama aku menjadi murid di SK Sir Ibrahim Keluang Johor.Semangat untuk bersekolah melebihi segala-galanya.Tidur pun tak nyeyak, punya serohok dan debaran TUHAN saja yang tahu.Sampai masa aku lah orang yang paling gembira sehingga aku sanggup pergi dulu ke sekolah tanpa mempedulikan emak yang berjalan begitu lambat pada pandanganku.Sampai saja di sekolah aku sudah tidak sabar lagi berkenalan dengan sahabatku pun yang mempunyai perasaan yang sama aku agakla.
Hari pertama itu tetapku kenang sampai bila-bila.aku sentiasa menyematkan kenangan indah itu ke dalam sanubari ku.Guruku agak garang gak wajahnya.tapi hatinya sangat baik.namanya sudah ku lupa.
Tidak lama bersekolah di situ ,rasanya bulan April 1981 aku berpindah ke SkChangkat Lobak.Tidak lamapun 2 bulan rasanya.Sebab?abahku dapat pindak ke Pulau Pinang.Jadi sementara mendapat rumah sewa untuk kami tinggal maka terpaksala aku bersekolah smentara di kampung emak.