31 Disember 2009

kenangan semusim telah berlalu


Kenangan ketika sktg menjadi tuan rumah RIMUP pd thn 2007

Kenangan ketika lawatan ke Penang 2007

Kenangan Program Homestay pada thn 2007

2009 bakal melabuhkan tirai nye pada detik 11.59 mlm ini.banyak kenangan manis dan pahit yg aku tempuhi.Yang paling manis aku telah mendapat seorg cahayamata perempuan ketiga.maka 4 anak telah aku lahirkan yang berlainan kesakitan.sesungguhnya hanya dengan menjadi seorg ibu barulah aku faham hati dan perasaan seorg ibu.airmata dan gelak ketawa anak2 ialah makanan ku seharian tanpa mereka hilanglah ceria hidupku.semangat sang suami yg hanya 1 dlm dunia ini bnyk membantu turut merealitikan angan2 ku selama ini.


aku di pangkor dan keluarga di penang

26 Disember 2009

"wanted boy"


Memperkenalkan
Pelakon drama "wanted boy"






Gambar ini diambil oleh
jurugambar junior amatur

Ini dia jurugambar nye......




25 Disember 2009

Kenangan ketika kenduri kezenku


SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT SEPUPUKU INTAN

SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT

ANAK-ANAK & AKU
BERSAMA PENGANTIN


12 Disember 2009

30 November 2009

Mini zoo Sabak Bernam


Lihatlah kreatifnya orang kampung
ada lg gmbar lain
mybe next time
renung2 kan....
lokasinya d Sabak Bernam
Bahan2 kitar semula

Saat yang bahagia....Tido



BESTNYE TIDO....
UBAT SEGALA MASALAH
*
**
***
*****
T
I
D
O
*********

22 November 2009

BABY SELEPAS 44 HARI
















Haaa...ni la anak den selepas 44 hari..amacam ada muka heero ka anak dara ka?...teka nama baby Afrina Umaira.Selepas bertekak ngan cadangan pelabagai nama akhirnya dpt gak nama yg den kira sesuai dan adil.ayah dia pilih nama depan ibu nama belakang....::))

10 November 2009

Tradisi zaman berzaman


Minggu ke 2 Umaira, anak den dibotakkan secara tradisional.langsung tak nangis.asyik turu aje...tidoo...Mak bidan ni TokCah memang terror mengurut.Eden memang puas hati dgn servis dia.Tiada tandingan.1 jam full 1 badan.paymen ...sedekah jer.....

08 November 2009

07 November 2009

Baby Girl


Salam kabare.
Ni la baby baru eden.
Baby ke 4 eden.
Esok den balik Klang.Kena siapkan asigment.

16 September 2009

Horey...Selamat Bercuti

KEPADA SUME WARGA KOTA...
***
*
*
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
***
**
*
BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU
****
***
**
*
BERHENTI REHAT JIKA PENAT
***
**
*
INGATLAH ORANG TERSAYANG


10 September 2009

Dah lega demam UPSR

Selesaila sudah tanggungjawab anak2 murid den.UPSR berlalu pergi.Semoga anak2 muridku beroleh kejayaan yg paling cemerlang.Eden pun loga la skit.Blela bercuti ngan hati yg tenang sebab dah berjaya menunaikan tanggungjawab yg besar.Budak2 6D pun blela dapat mak baru baru.....hehe..
Tahniah kepada rakan2 guru yg sama2 di setiap sesi perhimpunan
bersama murid t6.Kerjasama kalian paling gerek.....ade class.

06 September 2009

senyum skit......

CuBe TeKa HiDuNg SaPe?
*
*
*
*
*
Ha....Ni Le EmPuNyA HiDuNg
DiE AmBiK GaMbO SeNdIrI
BaKaL JuRuKaMeRa PrOfEsIoNaL....KaH...KaH..
SeNyUm PaGi.....
*
*
*
*
*



Mee sanggoi...


Ini mee sanggul versi Kedah tau.kat klang x dek....semalam masak mee tp penat sgt2 x dan den nak shoot.anak 2 den memang gemor tau.Hero den yg kecik siap tmbah 3 kali.emmm...sedapnyer kata die.klu korang nak tau rahsia kesedapan mee ini terletak pada ???? orang yg goreng tu ler...klu pandai adjust bhn sedap ler....hehehe...lebihkan udang kering yek..

Untuk renungan.....

Perkara: Uniknya buah kurma (dipetik dari Blog carca marba)

Ketahui lah....

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarahyang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

05 September 2009

DEMAM UPSR

SELAMAT MENDUDUKI UPSR BUAT ANAK2 MURIDKU DAN JUGA SELURUH MURID DI MALAYSIA YG AKAN BERMULA MINGGU DEPAN. 8 SEPT HINGGA 10 SEPT 2009.SEMOGA ANDA MENDAPAT KEJAYAAN YG CEMERLANG.
BUAT RAKAN2 GURU YG AKAN MENGAWASI PEPERIKSAAN SELAMAT BERTUGAS.

27 Ogos 2009

menu hari pertama posa.


Salam Ramadhan....Hari ni hari ke 6 kita beposa.namun den dapat siarkan menu hari 1.ni jel yg sempat amik gambo ngan anak dara yg byk menolong.sejuk perut den mengandung.

hari 1 kueh cara
hari 2 cucur udang
hari 3 roti jala kari sardin - my hubby suggestion
hari 4 beli je laksam
hari 5 bihun goreng dangyam- udang cmpur ayam. hehehe
hari ni....balik kampung.....wooowoo balik kampung...beli la kat pasar sg beso....mesti pekena Nasi ambeng...sama ayam percik.....meleleh ayaq liuq cek....

26 Ogos 2009

Gambar family

Ini le gambo terkini den dan family.
Teka sapa yg paling hensem...si tembam le...
Salam Ramadhan den ucapkan kepada sume kwn2 sesawang den.
Untuk renungan bersama.
Wahai tetamu Ramadhan...untukmu rahmat dan maghfirah..
airmata taubat, selimut terawih dan
bantal tahajjud
Moga mewarisi Jannah
Jadikan Ramadhan ini yg terbaik kerana
kita tak pasti
apakah ada lg Ramadhan untuk kita
lepas ini....
Salam Ramadhan al -Mubarak

20 Ogos 2009

Hari last di Penang....


Ehh...sapa tuh...nila pakwe den.dah nak balik dah.Kenangan di depan B-suite.Den suggestkan..kalu kome2 nak bertenggek kat Penang Hotel ni memang selesa.Terutama kalu gerabak panjang.hehe...
Lepas ni suami den nak pi ambik gambo family dan sijil dia...




ha...kekawan...ni gelagat anak2 den masa tunggu ayah depa amik sijil.tepaksa le melepak kat tepi padang beralaskan tikar berbumbungkan daun2 pohon.punyala panas...Tuhan saja yg tahu...bdk2 dah x larat main...dok makan....tengokla..muka si angah tu tension.....

sambung lagi....


Cantikkan panorama malam .sudut dari B Suite.bkt Jambul.Penang.
Tenang jiwa.....berhenti sebentar .dok tgh tanda kertas Trial upsr








next catatan

Anak2 den dok tunggu ayah depa depan dewan.Cantikkan..deko dia..tak leh masuk dok depan jadile.....





Yang sebelah ni plak majlis selesai pukul 5.30. Yaya lupa nak buang mask dia.Punya le letih.tunggu dekat 3 jam lebih.tapi kenangan seumur hidup ni....dah tak sabo nak chek in hotel ke 2....

diari seminggu konvo


Eh...apo ni...tunjuk gambag beg.Baru beli ka?Dak iah....nila beg yg bwk pi dok kat Penang.Bukan had ni ja...ada 2 lg...hehe....Next....stori.






Ni...dah 2nd day.Kat B suite Hotel Bkt Jambul.Hotel hari 1st.penat x amik gambar pun.Yg eden dok ni ala2 apartmen.suke bebeno anak den berlari .siap main belon angin lg.2 ke 3 family ble dok.sewa murah je.rm 135....hehe promosi tu..suke suke gak...den kena study dan write ketas trial upsr.












12 Ogos 2009

selamat pengantin baru


Tahniah kepada Mami dan Ima..adik iparku.Selamat Pengantin Baru.Lihat keceriaan mereka....Dok baling gula2 kat bdk2

Tahniah suamiku....


Tanggal 14 Ogos 2009 , menjadi tarikh bersejarah buat suamiku .
Tahniah buat suamiku tercinta yang berjaya menjadi graduan USM setelah 4 tahun bertungkus lumus belajar PJJ .
Semoga kejayaan mu menjadi idola eden dan anak2 .Pengorbanan mu telah terbaloi dengan penerimaan anugerah ini.

Tabiat membuang masa.....!

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung
kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah
waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan
kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam
sehari nya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai
"proscastinantion" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali,
kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita
untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang
masa ini:

MATLAMAT DIKECILKAN

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu
terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu
besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi
untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat
besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar
itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10
ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah
kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan,
matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

TINGKATKAN KEKUATAN TENAGA

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah
kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan
tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adlaah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira
berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak
mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap
produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun
sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya
melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia
akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja
oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa
tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan
tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam
setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang
beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan
badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan
disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan
dnegan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di
barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa
sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!
Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

SUARA POSITIF

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita
masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negative
seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini.
Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya
dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan
memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan
sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya,
masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh
kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita
gembira!

Mereka yang optimis akan...
- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa
keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima
dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya
memperbesarkan suatu maslaah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka
sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa
silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih
produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

PRINSIP 80-20

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam
setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di
ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda
akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat
anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,
bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi
bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah
bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan
tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data
menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...
atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.
Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang
benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja
tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada
kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu
hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama
iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu
diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%
daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas
kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan
asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda
sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat
semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan
kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

dipetik dr blog NAUFAL : penulis IRFAN KHAIRI

KONVO USM

TAHNIAH KEPADA GENG2 USM YG BUAT PJJ TERUTAMA SUAMIKU TERCINTA KERANA BERJAYA GRADUATE AKHIRNYA PADA ESOK HARI. KHAMIS 13 OGOS 2009.LEPAS NI DEN PLAK..HEHE....KOME LAIN BILE LAGI...