25 Januari 2012

Telinga Bernanah PDF Print E-mail


Masalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan pergerakan hingus (bersama-sama kuman) bergerak ke telinga memandangkan hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal dan menyebabkan masalah pendengaran. Rawatan moden menggabungkan penggunaan antihistamina seperti Actifed dan antibiotik seperti Bactrim sering dapat melegakan masalah telinga bernanah. Sementara lubang pada gegendang perlu menjalani pembedahan menampal dengan menggunakan kulit luaran.

Gamat membantu dengan kesan antihistaminanya yang mengelakkan dari Eustachius tube tadi menjadi tersumbat. Sementara kesan lawan radangnya dapat melegakan inflammasi telinga dalam. Kesan cell growth factor pula membantu membaik pulih gegendang telinga yang bocor. HGH juga mempunyai kesan membantu membaikpulih luka dengan segera. Vitamin A dan Zink di dalam C3 Spirulina membantu pemulihan luka pada gegendang yang rosak.

Disyorkan :

  • Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
    (Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
    (Elok dimakan 1/2 jam selepas Bioseed)
  • Bioseed (optional) 1 paket 2 kali sehari
    (Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
  • C3 Spirulina dan Bio-H digunakan seperlunya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan