28 Mac 2012

ape-ape ajer

salam pertemuan
sejenak ku renung wajah blogku yang semakin suram dan kelam
entahla
sejak dua menjak ni
tiada mood untuk kulontarkan idea
atau aku dihujani pelbagai masalah dan bebanan
mungkin juga
dalam dua tiga minggu ni
memang aku agak kelam kabut juga la
mula-mula tu pada hujung cuti semester Mac 2012
kami merancang untuk melihat-lihat
kawasan untuk menginap
Rombongan che Mas and SKTG pada 28/29 mei nanti
so kami bermalam di Ancasa
iklan yg sedara lihat tu..kat atas tu
memang percutian yang mewah
tumpang kesenang sahabat lama
so balik saja dari PD
dapat panggilan nenek suamiku sakit tenat
kami bertolak balik lepas pukul 12
siap2 kemas pkul 1 lbh kami gerak.tak bolehla laju2 hari sudah larut kan
sampai di hospital sabak bernam jam 3 pagi
aku masuk menziarahi nenek @mbah di unit icu
eemm memang tak lama dah.. detik hatiku
tapi aku redha dengan apa yg terjadi
sekurang-kurangnya aku tak rasa bersalah kalau apa-apa yang bakal terjadi
lalu selepas itu kami bermalam di rumah mentuaku
kami menetap di situ dan bertolak balik pada jam 11 pagi
dan ketika itu aku dimaklumkan yang mbah
telah dihantar ke hospital klang
kamipun meneruskan perjalanan pulang
dengan tidak memikirkan apa yang akan berlaku nanti
setiba di sekincan kami mendapat khabar buruk
mbah telah kembali ke rahmatullah
Innalillah...
sudah ajalnya
sebak jugala..namun kami redha dengan pemergiannya
aku dan suamiku mengambil keputusan utk balik dulu
ke rumah untuk mengambil sedikit barang-barang untuk dipakai nanti semasa
di kampung
kami bertolak pulang semula ke kampung suami pada selepas isyak
kesian suamiku
terpaksa mengharungoi hari2 yang menduga imannya
kami tiba di kampung jam 11 malam
kelihatan sedara mara dan org2 kampung masih ade di rumah mbah
walaupun penat kami terpaksa terima juga
semp[at juga kusedekahkan bacaan yasin kepada aruah
semoga rohnya dicucuri rahmat dan'ditempatkan di samping orang beriman
dan beramal soleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan