12 Mei 2012

Myra warded at PPUM

Tanggal 3 Mei myra akan melalui pembedahan telinganya yang bermasalah.Tarikh itu juga pengalamanngeri di mana kali pertama aku masuk dewan pembedahan.Ngeri dan menyeramkan dan sejuk.Sebenarnya masalah Myra tu sudah berlarutan setahun yang lalu.Alhamdulillah dan syukur atas kepekaan Doktor Anura (PPUM) setelah didianogsis selama 4 bulan , beliau meminta Myra melalui Minor pembedahan  tosilectomy (buang tosil) dan akan dimasukkan tiub halus untuk dijadikan saluran bagi mengeluarkan cairan pekat akibat jangkitan kuman dari tonsil yang menyebabkan tidak dapat mendengar dengan jelas. Tiub itu akan dibiarkan selama setahun dan ia akan keluar dengan sendirinya.Namun tiub itu tak dapat dilakukan kerana lubang udah besar digegendangnya.
Kami diminta admit di wad pediatrik pd 30 April Isnin, Namun pada hari itu juga aku terpaksa mendapat dianogsis diriku di Klinik Pandamaran.Dengan debaran aku mendapatkan resultku.Alhamdulillah positif , iaitu kahak dan darahku tiada jangkitan akibat batuk dan selesema selama hampir 2 bulan. Kami bergerak ke PPUM jam 12 tengahari. Di sana aku ditempatkan di bilik 4 kelas 1.Alhamdulillah bilik besar dan katil bayi untuk Myra dan Sofa untukku. Petang itu bermulala episod Myra diperiksa dan aku bersoal jawab dengan doktor bertugas .Hampir setengah jam kami diinterview 2 doktor, dan tangisan Myra tidak berhenti hingga mengigau2 .Kesian Myra.Hampir 3 kali disoal jawab oleh doktor2 antaran Doktor ENT iaitu doktor Farah.Pada jam 5 lebih aku didatangi oleh doktor Farah aku dikejutkan dengan khabar aku diminta balik ke rumah kerana alasannya Selasa cuti umum dan Myra tidak ada sebarang pemeriksaan serius.Dengan tidak mampu berkata apa2 aku hanya mengangguk dan apabila soalan diajukan kepada nurse bertugas diapun agak terkejut dengan keputusan doktor Farah.Kami tak mampu berkata apa2.Menjelang maghrib, kamipun pulang dengan membawa bagasi . Dalam fikiranku ada baiknya juga kami pulang bolehla Myra bertenang sikit setelah menangis di hospital petang tadi.
Hari kedua selasa 1 Mei , kami admit semula ke PPUM pada jam 8 malam, dan ditempatkan di wad kedua bilik 5.Walau kongsi bilik, aku masih sendirian tanpa ditemani sesiapa.malam itu Myra bermula puasa. Kasihan aku lihat Myra apabila melihat aku minum air...dia meminta aku air pabila terjaga di tengah malam. Aku hanya memberi seteguk air zam zam sj.Bila mengenangkan sikecil yang tidak mengerti apa2, kuberi lagi seteguk air zam zam. Kemudian Myra  tertidur semula.Lega kurasa bila Myra tidur, tidaklah dia meminta air lagi. Sukar juga aku mahu melelapkan mata.Bukan apa setiap jam bilikku akan didatangi nurse bertugas dan bilikku diterangi lampu.Begitulah adat berada di wad.Bukan boleh bersenang-lenang.Aku sedar setiap sejam.Kali terakhir tersedar sudah masuk waktu subuh.Lega terubat juga tidurku buat seketika cuma. Terlupa pula aku untuk meceritakan saat tangan myra dicucuk jarum oleh doktor bertugas untuk meletakkan jarum masuk air atau ubat kerana puasa nanti. Bukan senang nak mengawal kelasakan myra.berpeluh2 juge aku dan doktor serta dibantu oleh nurse.Akhirnya doktor berjaya menyiapkan kerjanya.
Menjelang pagi , selepas sarapan aku tertunggu-tunggu petugas dari bilik pembedahan datang.Akhirnya pada jam 10 pagi mereka tiba dan memandu kami menuju ke dewan pembedahan. Jauh jugala perjalanan menuju dewan bedah.Hampir 10 minit baru sampai sambil mendukung Myra yang seberat 12 kg itu.Sampai di ruang menunggu giliran bedah aku diminta oleh nurse untuk menukar baju biru , baju wajib dipakai ketika berada dalam dewan bedah. aku juga diberi sedikit taklimat ringkas . Debaran semakin memuncak dan setengah jam menunggu akhirnya sampai giliran Myra. Sementara menunggu giliran Myra dapat ku saksikan pesakit2 yang keluar masuk dewan bedah. Pelbagai emosi aku lihat di situ. Tetiba aku dipanggil untuk bergerak ke bilik bedah. Lebih kurang melangkaui 4 bilik , kami sampai ke bilik bedah Myra. Kulihat ada selimut bergambar bear menunjukkan keprihatinan pihak PPUM tentang pesakit kanak-kanak. aku turut dimaklumkan oleh Doktor Anura tentang prosedur pembedahan itu. Setelah Myra diberi gas pengsan , aku diminta menunggu di luar . Setelah memberkan kucupan di pipi Myra aku diminta tunggu di kawasan menunggu. sedih bila meninggalkan Myra yang pengsan dalam masa singkat.Sedih mengenangkan dalam keadaan yang sekecil itu myra terpaksa tanggung sakit.walau dia tak mampu beritahu kesakitan yang dialami namu aku faham penderitaan yang dialaminya. Akupun melangkah kelura terus menuju ke wad untuk mengambil sedikit wang dan novel untuk mengisi masa menunggu myra nanti. (sambung di episod ke2)



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan