27 Januari 2009

Catatan seorang guru zaman siber

Salam perpaduan.Aku berasa teruja untuk memulakan blog sendiri .Sebenarnya aku baru dapat maklumat dari kawan ku bahawa ada laman yang menyediakan blog percuma untuk sesiapa yang suka menulis apa-apa saja.Jadi akupun berminat untuk mencatatkan pengalaman aku sebagai guru si zaman siber .
Aku mulakan dengan membuat perbandingan zaman aku belajar iaitu tahun 1981 .Tahun pertama aku menjadi murid di SK Sir Ibrahim Keluang Johor.Semangat untuk bersekolah melebihi segala-galanya.Tidur pun tak nyeyak, punya serohok dan debaran TUHAN saja yang tahu.Sampai masa aku lah orang yang paling gembira sehingga aku sanggup pergi dulu ke sekolah tanpa mempedulikan emak yang berjalan begitu lambat pada pandanganku.Sampai saja di sekolah aku sudah tidak sabar lagi berkenalan dengan sahabatku pun yang mempunyai perasaan yang sama aku agakla.
Hari pertama itu tetapku kenang sampai bila-bila.aku sentiasa menyematkan kenangan indah itu ke dalam sanubari ku.Guruku agak garang gak wajahnya.tapi hatinya sangat baik.namanya sudah ku lupa.
Tidak lama bersekolah di situ ,rasanya bulan April 1981 aku berpindah ke SkChangkat Lobak.Tidak lamapun 2 bulan rasanya.Sebab?abahku dapat pindak ke Pulau Pinang.Jadi sementara mendapat rumah sewa untuk kami tinggal maka terpaksala aku bersekolah smentara di kampung emak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan